Monday, June 22, 2009

Sekadar perkongsian saja......

Baru2 ni ikuti Kursus 'TOE-PIOB" Training of Educators untuk Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti anjuran IIM ( Institut Integriti Malaysia ) di Le Meridien Hotel. Pihak IIM ingin melatih dan melantik seberapa banyak penceramah untuk projek IIM dan juga negara sejajar dengan kehendak dan hasrat negara menjelang Wawasan 2020.

Seramai 30 orang telah mengikuti kursus dan latihan tersebut dan dinilai oleh panel hakim yang berpengalaman, maka terpilihlah juga sebagai penceramah IIM !

Untuk gambar atau penerangan selanjutnya boleh dilayari :
http://borneoguy.wordpress.com

Monday, October 1, 2007

Kongsi saja anda akan untung...

Peluang sebegini adalah baik sekali bagi mereka yang mengetahui apa erti kongsi itu....perkongsian maklumat adalah yang paling digemari oarang di zama IT sebegini sebabnya mereka tidak susah payah mencari jauh2 dan secara mendalam akan sesuatu makluman yang mereka inginkan dengan segera lagipun terkadang kala maklumat seumpama ini sukar dicari jika ianya tidak diterbitkan atau dipacukan ke Internet.....maka secara jujur saya katankan bahawa penggunaan komputer dengan capaian Internet ini boleh mengalahkan segala penyebaran maklumat secar cepat, tepat dan mudah sekali berbanding cara media lain.

Terpulanglah kepada diri kita masing2...sama ada mau mengikuti perkembangan zaman atau tidak.....kalau dulu orang mencari maklumat dengan datang ke perpustakaan, book store atau kedai buku untuk sama ada membaca di sana saja atau membeli buku yang digemari atau semata2 hanya untuk mendapatkan maklumat tersebut untuk membuktikan kepada kawan yang dia telah membaca buku dan mendapat maklumat tersebut.

Tapi tahukah anda tidak semua maklumat yang ada dipaparkan di skrin komputer ini benar belaka, ianya terpulang kepada tuannya atau si pembuat laman web itu atau blog itu juga. kalau maklumat yang diberikan adalah hasil dari kajian yang dibuatnya dengan banyak merujuk dan membuat percubaan atau pengalaman sendiri, maka maklumat itu boleh disahkan juga ketulinannya atau kesahihannya. Jangan kita anggap semuanya betul di Internet ini. Berhati-hati dan berwaspada selalu

So, selamat melayari Internet dan semoga dapat menfaatnya.....

Kalau ada yang mahu ditanyakan selanjutnya secara peribadi, emel saja saya di alamat ini : taufan99@yahoo.com